Hanya 10 Kali Lafaz Selawat Ringkas Ini Bersamaan 100 Ribu Kali Lafaz Selawat Lain

Hanya 10 Kali Lafaz Selawat Ringkas Ini Bersamaan 100 Ribu Kali Lafaz Selawat Lain | Solat dan berselawat jalannya seiringan. Sesibuk mana pun rutin harian kita, solat 5 waktu jangan ditinggalkan kerana ia adalah tiang agama.

Dalam masa sama di dalam bacaan solat itu sebenarnya kita juga turut berselawat ke atas nabi junjungan besar kita Muhammad SAW tanpa kita sedar. Betapa indahnya bacaan dalam solat jika kita tertib dan faham setiap bacaan kita.

Tidak dinafikan ada yang bergegas dalam mendirikan solat, malahan ada yang doanya ringkas kerana melebihkan hal dunia. Lebih menyedihkan ada yang hanya bersolat tetapi tidak pernah duduk sekejap untuk berdoa kepada Allah.

Mungkin selawat ringkas ke atas Rasulullah SAW pun kita kadang kala terleka dan melepaskan peluang untuk dekat bersama Rasululullah SAW semasa di akhirat nanti.

Sebagai umatnya, kita amat disarankan berselawat sebanyak mungkin bahkan ada dinyatakan dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa selawat yang kita bacakan buat Baginda Rasulullah SAW akan disampaikan kepada Nabi sendiri. Dalam erti kata yang lain, Baginda tahu kita berselawat.

Sabda Rasulullah ﷺ :

وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلَاتكُمْ تبلغني حَيْثُ كُنْتُم

“DAN BERSELAWATLAH KE ATASKU. SESUNGGUHNYA SELAWATMU ITU AKAN SAMPAI KEPADAKU DI MANA JUA KAMU BERADA,” (SUNAN ABU DAUD – DINILAI SANAD YANG SAHIH OLEH IBN HAJAR)

Bagi menghuraikan hadis ini. al-Imam Mula Ali al-Qari menukilkan pada pandangan al-Imam al-Tiibi yang seakan menjelaskan bahawa para malaikat menyampaikan kepada Baginda tentang selawat yang dibacakan buat dirinya. (Fayd al-Qadir)

Begitulah hebatnya kedudukan selawat ke atas Rasulullah SAW. Dalam al-Quran sendiri menjelaskan bagaimana Allah SWT dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi SAW.

Malah jika kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW, kita akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW :

أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً
“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku,” (HR al-Tirmizi – dinilai Hasan)

Lafaz Selawat Ringkas Syekh Amhad Ad-Dardiir

Ada banyak jenis selawat dianjurkan dalam Islam dan kita boleh lafazkan mana-mana selawat yang selesa dan sesuai untuk kita lakukan. Namun, pastinya perbualan dalam mimpi antara Syekh ‘Ali Al-Bayuumi bersama Rasulullah ini mungkin dapat menarik perhatian kita.

Diriwayatkan bahawasanya Syekh ‘Ali Al-Bayuumi setiap harinya tidak kurang membaca selawat kepada Baginda Nabi SAW 100 ribu kali (seratus ribu kali). Kemudian ketika tidur beliau bermimpi dengan Nabi Muhammad lalu beliau bertanya kepada Nabi :

“Ya Rasulullah adakah orang setiap harinya membaca selawat lebih dari aku?”

Rasul menjawab “Iya, ada, iaitu Syekh Amhad Ad-Dardiir, dia membaca selawat lebih dari dirimu”

Kemudian Syekh Ali Al-Bayumi bertanya lagi “Bagaimana Ya Rasul, lafaz selawat yang dibacakan Syekh Ahmad Ad-Dardiir?”

Rasul menjawab “Beliau Syekh Ali membaca selawat setiap harinya 10 kali iaitu:

اللهم صل وسلم وبارك علی سیدنا محمد وعلی اله عددكمال الله وكما یلیق بكماله

“Allhumma Sholli Wa Sallim Wa Baarik ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi ‘Adada Kamaalillahi Wa Kamaa Yaliiqu Bikamaalihi”

selawat ringkas

Membaca selawat yang dibacakan dengan lafaz Syekh Ahmad Ad-Dardiir setiap hari meskipun hanya 10 kali tapi ia mampu mengimbangi dengan membaca selawat dengan lafaz lain 100 ribu kali.

Sesungguhnya kita manusia yang berada di akhir zaman ini terlalu banyak perkara dunia yang kita kejarkan hinggakan untuk berselawat ke atas Rasulullah S.A.W tidak mampu untuk kita lakukan.

Dengan perkongsian ini diharapkan kita dapat memberikan masa untuk junjungan Nabi tercinta ini kita hanya tak sampai satu minit cukup 10 kali lafaz selawat ringkas ini.

Subhanallah. Betapa mudahnya kita untuk mengutip pahala dalam masa sama menantikan saat untuk bertemu Rasulullah dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW meskipun dengan hanya ucapan selawat ringkas sebanyak 10 kali ini.

Marilah kita sama-sama kongsikan selawat ringkas ini dengan insan tersayang kita terutama sekali ahli keluarga agar menjadi amalan harian kita. Semoga ilmu yang kita kongsikan ini akan menjadi sedekah jariah untuk kita di sana nanti.

Sumber artikel:  Ustaz Umar Bukhari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *